Thursday, September 25, 2014

Seminggu ku serabut...

..As salamu'alaikum...semua semui.....ceq nak habaq nii( testing testing speking utagha) haha... kabare semuaa.. seminggu kawan ni tak ngapdet beloq ni,,bz katanya...haha

ni nak cite sikit ..minggu ni kawan ni sangat lah serabut,...ya ampun.... oleh yang sedemikian kawan ni nak share lah tips tip
Pengurusan Masa Dan Strategi Pembelajaran a.k.a. alaa tips ni pun aku ambik dekat forum....biasa lah orang cakap sharing is caring right ,..hehe



"1. SIKAP YANG POSITIF
Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan. 

2. DISIPLIN MASA 
Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini : 

adakan jadual waktu harian dan mingguan 

ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik 

gunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari 

3. MERANCANG PENGGUNAAN MASA 

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien. 

4. MENDAHULUKAN YANG UTAMAMelalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta memberikan masa yang lebih kepada pelajaran yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanya kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Tidak wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja. 

5. TABIAT DALAM BILIK DARJAH 
Pelajar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Mereka ini dikira sebagai 'ponteng psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran. 

sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran 

tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang tidak disukai 

berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru 

sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan/pendapat 

memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah 

melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan 

6. BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN 
Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah: 

membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya 

menulis nota dalam bilik darjah 

melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa 

siapkan kerja rumah dengan segera 

7. GUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER 
Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah setor buku tetapi adalah tempat menyimpan buku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalah-majalah yang berkaitan dengan pelajaran. Ketahuilah bahawa perpustakaan mempunyai: 

keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna 

majalah lama dari dalam dan luar negeri 

alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi... 

8. JAGA KESIHATAN ANDA 
Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda. 

sentiasa bersikap tenang 

memakan makanan yang berkhasiat 

mengadakan senaman yang berterusan 

sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan 

riangkan hati anda dengan senyuman di bibir 

Semoga dengan langkah-langkah di atas, pelajar-pelajar dapat mengatur pengurusan masa dan pembelajaran dengan baik kerana ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak menggunakan cara yang sistematik dalam memudahkan proses pembelajaran mereka.


haaa ni diaa.. bagus kan,...haha sampai disini sahajalah untuk kali ini kawan menaipp..k bubyee.. assalamualaikumm :)

Thursday, September 18, 2014

SEKOLAH TERAPUNG DI BANGLADESH

kite sebagai rakyat malaysia yang kaya dengan segalanya ..perlulah sentiasa bersyukur...dengan apa yang kite perolehiii...uhuhuh..(amboi ayat. macam Peyem kite dahh)

ni nak share ni...kat korang semua ni sekolah dekat bangladeshh kesiaann



Nightmare di keyempipi,,,semut semut charlie

Nightmare di keyempipi....huhu..akhirnya kawan terkena jugak bisa charlie tuuu...uhuk uhuk...(gatal plus sakit sikit) ...dah lah bangun pagi je tengok dah ade kesann... terpikir jugak...kenape ni ..takut takut la kene gigit dengan spider..keee tak pasal pasal jadi spider man pulakkk(ye dokk).. kesian kawan..huhu..

disebabkan konspirasi ini....huhuhu aku nak share pasal charlie si semut nightmare
cantik kan "bendealah" seekor ni hihihi comel gitu...tapi kalau dia dah lalu kat muka korang ..berline ko tau... bontot belakang dia tu yang tempat keluar bisa dia...(racun)... aku tengok member aku muka dah macam samurai dah ..sebab muka dia kene charlie ni...acah acah gangster gitu.. huhu 
semut charlie ni biasanya ada dekat dengan kawasan sawah padi ...dan kawasan kelapa sawit ...
saiz semut ni 10 -15 mm panjang... 
semut ni jugak memang tertarik dekat lampu neon dan tempat lembab

aku tak nak share gambar semut charlie

Wednesday, September 17, 2014

ukiran kayu

korang pernah tengok tak ukiran kayu yang aweseome ..kawan ni tahu yang korang pernah tengok ukiran kayu yang macam bunga bunga je kan...huhu..

tapi kali ni kan ukiran kayu ni diorang buat macam bentuk pos guard dohh(pos kawalan keselamatan)
haha kawan bukan nak jakon tapi saje je nak buat hambar..huhuhu.











nama pembuat :"bendealah" ni kan nama dia kan ROXY PAINE..huhu hebat kan diorang..huhu kalau korang power cuba lah korang buat macam tuu haha.. (PONDAN)

Thursday, September 11, 2014

saya pelajar pdt kmpp

hai assalamualaikum...

uhukk..sorry terbatuk sikit..

kawan ni baru buat blog..
kawan. ni bukan lah pandai sangat dengan bende ni sume...
kawan ni nubis je....bukan nye imba sangat...

kawan ni nak cite lah sikit..
kawan ni baru je sambung belajo dekat keyempipi..atau akronim dia KMPP atau PMC atau Kolej Matrikulasi Pulau Pinang tau Penang Matriculation College  atau kolej matrikulasi paling populerrr... eh eh yang belakang tu bukan akronim aekkk

..ada aekkk???
ye kawan ni orang JOHOQQQ
..kawan ni dekat sini terkaapai kapai...bagai kan kupu kupu yang tak terbang tinggiii...huhuh shewdihhhnyaaa..jauh tersangat dengan family

tapi takpe..niat nak belajaqq kan...

mase mule mule tu kan ..rasa macam nak transfer masuk je dekat kmj..konon tu kawan ni nak try lah balajaq dekat sini sebulan kalau tak boleh go tu kawan ni terus je transfer je tapi disebab kan ukhwah kami sekelas dan macam ayaqqq tu..terbatal niat kawan ni nak betukaqqq ke johoqq.huhu

amboi ..baru duduk sini tak lama dah pandai lah sikit kecek penang(tengok tu..kekadang kalau nak try speaking slang penang ni mesti tercampur dengan slang kelanta..(dulu aku sebot kelante dekat budak kelantann,...diorang gelak kan aku je.hahaha.. diorang cakap aku noob) walawehhh..huhuh

then ramai lah banyak lah many lah senior cakap keyempipi ni matriks pilihann...mungkin di sebabkan kesempoian dia kot...huhu..

dah lah bedose aku cakap bende merepek panjang2 macam ni huhu... babai bubui boboiboy..haha assalamualaikum