Thursday, September 25, 2014

Seminggu ku serabut...

..As salamu'alaikum...semua semui.....ceq nak habaq nii( testing testing speking utagha) haha... kabare semuaa.. seminggu kawan ni tak ngapdet beloq ni,,bz katanya...haha

ni nak cite sikit ..minggu ni kawan ni sangat lah serabut,...ya ampun.... oleh yang sedemikian kawan ni nak share lah tips tip
Pengurusan Masa Dan Strategi Pembelajaran a.k.a. alaa tips ni pun aku ambik dekat forum....biasa lah orang cakap sharing is caring right ,..hehe



"1. SIKAP YANG POSITIF
Pelajar tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak ada dorongan yang kuat terhadap kejayaan. Mereka haruslah sentiasa bersikap positif terhadap hidup dan berjuang ke arah kecemerlangan. Sikap takut dan belajar ala kadar merupakan resipi ke arah kegagalan. 

2. DISIPLIN MASA 
Proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Fikirkan perkara ini : 

adakan jadual waktu harian dan mingguan 

ambil pendekatan 'pengurusan mengikut objektif' terhadap kerja-kerja akademik 

gunakan konsep-konsep pengurusan masa yang lain dengan cara yang teratur dan terancang seperti penggunaan diari 

3. MERANCANG PENGGUNAAN MASA 

Pelajar perlu faham bahawa skop kurikulum sekolah pada masa ini agak luas. Banyak perkara yang perlu dipelajari dalam waktu yang singkat. Oleh itu pelajar perlu merancang untuk menjimatkan masa belajar, mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk belajar di samping dapat menjalankan aktiviti belajar dengan cara yang efisien. 

4. MENDAHULUKAN YANG UTAMAMelalui perancangan, pelajar dapat mengimbangi pengagihan masa belajar mengikut jumlah masa yang ada. Keutamaan diberikan kepada pelajaran yang pelajar rasakan dia lemah serta memberikan masa yang lebih kepada pelajaran yang sukar. Pelajar juga tidak sepatutnya memberi tumpuan yang berat hanya kepada kurikulum sekolah dan mengabaikan aktiviti ko-kurikulum yang lain. Tidak wajar juga bagi pelajar menumpukan perhatian kepada sukan sahaja. 

5. TABIAT DALAM BILIK DARJAH 
Pelajar-pelajar mungkin hadir dalam bilik darjah tetapi mereka berkhayal dan tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Mereka ini dikira sebagai 'ponteng psikologi' atau 'psycological truancy'. Dengan itu, perkara berikut harus dilakukan dalam bilik darjah untuk meningkatkan daya 'kesegaran' dalam pembelajaran. 

sudah bersedia untuk memulakan pembelajaran 

tunjukkan minat terhadap subjek yang sedang diajar walaupun ia adalah subjek yang tidak disukai 

berikan perhatian dan penumpuan terhadap apa yang diperkatakan oleh guru 

sentiasa bersikap ingin tahu, ini akan membuat anda berani untuk bertanya atau mengemukakan pandangan/pendapat 

memainkan peranan yang dinamis dalam bilik darjah 

melibatkan diri dalam perbincangan yang diadakan 

6. BAGAIMANA MEMBUAT PERSEDIAAN PEMBELAJARAN 
Penyelidikan (di Amerika Syarikat) telah mendapati bahawa pelajar-pelajar yang bersedia untuk menghadapi pelajaran di bilik darjah akan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan. Mereka bukan sahaja belajar bersungguh-sungguh, tetapi juga membuat persediaan. Persediaan yang perlu bagi seseorang pelajar ialah: 

membaca topik/tajuk yang akan diajar oleh guru keesokannya 

menulis nota dalam bilik darjah 

melengkapkan nota-nota dengan segera di perpustakaan agar tidak terlupa 

siapkan kerja rumah dengan segera 

7. GUNAKAN PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER 
Ramai di antara pelajar yang menggunakan perpustakaan untuk membaca buku atau membuat temujanji sahaja. Perpustakaan dan pusat sumber bukanlah setor buku tetapi adalah tempat menyimpan buku untuk dipinjam. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin dengan meminjam buku-buku akademik, artikel-artikel atau majalah-majalah yang berkaitan dengan pelajaran. Ketahuilah bahawa perpustakaan mempunyai: 

keratan-keratan akhbar yang menarik dan amat berguna 

majalah lama dari dalam dan luar negeri 

alamat-alamat organisasi penting, dan banyak lagi... 

8. JAGA KESIHATAN ANDA 
Kejayaan tidak akan dapat dicapai sekiranya badan lemah atau kesihatan mental terganggu. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda. 

sentiasa bersikap tenang 

memakan makanan yang berkhasiat 

mengadakan senaman yang berterusan 

sentiasa bersikap positif dan rasional dalam kehidupan 

riangkan hati anda dengan senyuman di bibir 

Semoga dengan langkah-langkah di atas, pelajar-pelajar dapat mengatur pengurusan masa dan pembelajaran dengan baik kerana ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak menggunakan cara yang sistematik dalam memudahkan proses pembelajaran mereka.


haaa ni diaa.. bagus kan,...haha sampai disini sahajalah untuk kali ini kawan menaipp..k bubyee.. assalamualaikumm :)

No comments:

Post a Comment